Monday, December 10, 2018

BAB 14 : PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

ORGANISASI?

-Terdiri daripada sekumpulan manusia yang diikat dengan peraturan, yang bekerja dengan matlamat yang sama untuk mencapai objektif, misi dan visi penubuhan organisasi.
- Panitia mata pelajaran adalah subunit dalam sesebuah sekolah dan melaksanakan fungsi membantu sekolah mencapai objektif, misi dan visi.
- Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar di sesebuah sekolah.
-Badan ini hendaklah dipimpin dandikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleg Guru besar atau Pengetua Sekolah.


BIDANG-BIDANG PENGURUSAN PANITIA

- Perancangan Tahunan Panitia
- Mesyuarat Panitia
- Pengajaran dan Pembelajaran
- Program sokongan Panitia
-Pencerapan
- Pembangunan Staf
- Post Mortem ujian/ peperiksaan
- Koordinasi Persatuan
-Pengurusan Fail Panitia
-Stok dan kewangan

Tindakan sekolah?

 -Tubuh panitia mata pelajaran minima tiga orang guru.
- Lantik Ketua Panitia dari guru terkanan, berpengalaman, prestasi kerja baik dan ada sifat kepimpinan.
- Buat surat perlantikan rasmi perlantikan rasmi serta tempoh memegang jawatan.
- ketua panitia jadi ahli JK Kurikulum sekolah :
ketua panitia perlu bermesyuarat dengan ahli bagi membincangkan aspek-aspek profesionla bagi penyampaian maklumatJKS iaitu  :
 a) isu0isu panitia seperti guru tidak beropsyen
b) kelas/makmal/bengkel tidak mencukupi sehingga timbul kelas terapong
c) peruntukkan panitia/pembelian alat dan bahan


KESIMPULANNYA.

   Oleh itu, pengurusan panitia sangat penting dalam memastikan pengurusan pembelajaran murid-murid dapat dijalankan dengan berkesan dan selamat. Untuk itu, semua pihak haruslah melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan juga pihak Kementerian.


BAB 13 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan hubungan guru-murid dan sesama murid. alam belajar seseorang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum. kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran seseorang.
         Definisi alam belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
Alam belajar dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :-

-Aspek Fizikal                                            
-Aspek Psikososial
-Aspek Komuniti Pembelajaran
-Aspek Komuniti Pembelajaran

         Manusia bergantung kepada individu lain untuk terus hidup dan berkembang dengan sempurna. ini kerana manusia ialah insan sosial yang tidak dapat hidup bersendirian. Begitu juga dalam proses pembelajaran, manusia bergantung dengan individu lain. COntohnya, pembelajaran paling asas dan semula jadi bagi setiap manusia adalah melalui proses peniruan. COntoh ini dapat dibuktikan semasa kita masih bayi. Bayi meniru segala perbuatan, percakapan melalui persekitrannya. Lantaran itu, komuniti pembelajaran yang paling sesuai perlu ada bagi memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku.
               Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar. Pengalaman belajar dalam bentuk kokmuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, wajar dan semula jadi. Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia. komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubungkait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.

         Sekolah atau bilik darjah sebagai satu komuniti pembelajaran boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat, satu bentuk kejiranan yang sepakat atau satu kumpulan yang jelekit dalam aspek hubungan sesama ahli, semangat kekitaan, saling menghormati, saling membantu serta menyokong. Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama serta saling belajar daripada individu lain.
Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut :-
- Keahlian
- Pengaruh
- Memenuhi keperluan individu
- Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan
             Justeru itu, ahli komuniti pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan, bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli kumpulan meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif. Komuniti pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi idea, saling bantu membantu dan mengajar. lantaran itu, ahli komuniti pembelajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak dalam kumpulan yang mantap. Belajar dalam komuniti pembelajaran boleh membantu ke arah perkembangan yang positif kelak. Persaingan yang sihat dapat dipupuk melalui amalan komuniti pembelajaran yang sihat. sudah menjadi tugas guru sebagai pemimpin dalam kelasnya untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing tanpa menindas rakan yang lain.
             Pengalaman pembelajaran kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah persekitaran luar sekolah. oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan berusaha untuk bekerjasama dengan guru dalam mebentuk peribadi murid-murid. Ini selaras dengan teori "Ekologi Bronfenbrenner" yang mengemukakan lima sistem sosial iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem yang mempengaruhi perkembangan personaliti individu.
            Setiap pengalaman murid di dalam kelas, bagaimana perasaan murid bersama-sama rakan semeja atau sekumupulan ialah persekitaran yang membentuk alam belajar murid berkenaan. Alam belajar ini merangkumi persekitaran yang lebih luas, iaitu sekolah, keluarga dan komuniti mempengaruhi pembelajaran murid. lantaran itu, wajarlah guru membina hubungan yang erat antara sekolah dengan keluarga serta komuniti setempat dan masyarakat yang lebih luas.
Aspek Psikososial
        Aspek Psikologi dan hubungan sosial kanak-kanak juga besar pengaruhnya ke atas pembelajaran kanak-kanak. Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang, mendapat perhatian dan layanan yang baik akan berkembang dengan lebih positif. Perasaan selamat, diterima, dihargai dan seumpanya menjadikan individu berkeupayaan belajar dengan berkesan. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mengutamakan hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran merangsangkan.

            Persekitaran bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hbungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran.
           Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, berlajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Persekitaran pembelajaran aspek psikososial memenuhi keperluan kanak-kanak selaras dengan Hierarki Keperluan Maslow.
Aspek Fizikal
          Persekitaran pembelajaran amat mempengaruhi persekitaran pembelajaran kanak-kanak secara langsung. Persekitaran lah yang membantu membentuk pelbagai jenis peribadi kanak-kanak. Prasarana tempat tinggal, persekitaran rumah, kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka untuk berkembang secara positif atau sebaliknya. Kanak-kanak belajar untuk berkawan, berfikir, membentuk peraturan, mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui persekitran fizikal yang dihadapinya.Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan sesuai berkembang dengan lebih baik. Latar belakang pembelajaran kanak-kanak yang memasuki persekolah adalah berbeza. Oleh itu, minat dan kecenderungan mereka terhadap pembelajaran juga berbeza.
          Persekitaran fizikal bilik darjah dan sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja kerusi, paparan termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan yang seumpanya.
         Bilik darjah yang terletak dekat dengan bilik guru akan memberi pengaruh yang berbeza berbanding bilik darjah yang tersorok kedudukannya. Susun atur meja dan kerusi dalam bilik darjah juga akam memberi pengaruh yang berbeza. Jadi, persekitaran fizikal yang terancang dan selamat memberikan perngaruh yang optimum kepada pembelajaran kanak-kanak.

BAB 12 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

- Sekolah adalah tempat pusat penyebaran  maklumat dan ilmu pengetahuan

- Berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang bersahsiah dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:

mencapai matlamat atau objektif yang
 sama

     -   perlu ada hubungan yang mantap dan
 akrab

-hubungan strategik yang membawa faedah
 sinergi kepada semua pihak yang terlibat
ARKIB : 31/01/2005
Kecemerlangan pelajar - Persekitaran sekolah atau rumah?

Mukadimah 
                                                                          
PADA Analisis 1 yang disiarkan dalam Pendidikan Bestari Khamis lalu, kita melihat bagaimana ibu bapa dan guru berkonflik mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mendidik anak-anak. Si ibu `pening kepala' dengan beban akademik dan fizikal yang diserahkan oleh sekolah kepadanya. Apa pula kata para profesor di universiti? Ikuti tinjauan MARZITA ABDULLAH.
PERSEKITARAN sekolah dan peranan guru merupakan faktor terpenting yang mendorong kecemerlangan akademik seseorang pelajar.
Faktor tersebut tidak boleh ditolak walaupun ada pelajar memberi alasan mereka cemerlang kerana mengikuti tuisyen.
``Sekolah mempunyai strategi, kumpulan penggalak atau pendorong semangat,'' kata Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Madya Aminah Ayob.
Baginya, guru ialah kumpulan peng- galak, pendorong dan pengatur strategi.
``Sesama rakan sebaya pula akan mewujudkan komuniti persaingan,'' ujarnya.
Walaupun ibu bapa menyumbang kepada kecemerlangan anak masing-masing, namun bagi beliau `sumbangan' mereka sekadar `asas' kepada kejayaan itu.
``Dengan kata lain, ibu bapa yang mengambil berat tentang akademik anak akan meletakkan harapan kepada mereka dan harapan itu adalah `asas' dalam diri para pelajar ini,'' katanya.
Aspirasi                                                                                    
Tambah beliau, tanpa dorongan daripada pihak sekolah, mungkin semangat dan aspirasi pelajar untuk mencipta kecemerlangan tidak wujud.
Beliau mengambil contoh pelajar cemerlang di sekolah berasrama penuh yang tidak mengikuti sebarang tuisyen, tetapi patuh kepada perancangan yang diatur pihak sekolah.
Mereka mengikuti kelas prep dan membuat latih tubi dengan bimbingan guru.
``Ini ialah bantuan tambahan.
``Sekolah mengatur strategi. Sekali gus ini membuktikan bahawa peranan sekolah itu penting untuk pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan,'' katanya.
Bagi Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakob, sekolah dan ibu bapa mempunyai peranan yang sama penting dalam dunia akademik para pelajar.
``Hubungan kedua-dua pihak ini penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang,'' katanya. Beliau tidak menafikan bahawa sistem di sekolah berasrama penuh mampu melahirkan pelajar cemerlang.
Ini kerana sekolah-sekolah demikian mempunyai persekitaran yang kondusif dan guru-guru yang komited.
``Dengan kata lain, guru di sekolah ini memainkan peranan penting dalam kecemerlangan pelajar apatah lagi mereka sedia maklum kehendak dan hala tuju sekolah-sekolah ini,'' katanya.
Mengenai kelas tuisyen pula, beliau mengakui perkara tersebut sudah menjadi budaya dalam kalangan ibu bapa dan pelajar di kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Sebagai ibu bapa, Noran Fauziah turut menghantar anak-anaknya ke kelas-kelas tuisyen tersebut.
``Tetapi ini bukan bermakna kita tidak percaya kepada perancangan sekolah dan tidak menghargai guru-guru sekolah,'' ujarnya.
Menghantar pelajar ke kelas tuisyen bertujuan supaya para pelajar lebih konsisten dengan pelajaran yang diikuti di sekolah.
``Lagipun bagi ibu bapa yang bekerja, mereka tidak mempunyai masa untuk meneliti satu persatu kerja-kerja sekolah yang dibawa balik ke rumah,'' katanya.
Bagi beliau, peranan sekolah penting untuk menentukan kecemerlangan pelajar, manakala peranan kelas tuisyen hanya sebagai pelengkap kepada sekolah.

BAB 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Bab ini membincangkan tentang pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan, dan berkeperluan khas.  Bab ini juga membincang, menjelaskan dan membezakan pengurusan murid pelbagai upaya.
            Pengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa (percakapan), mengalami gangguan emosi, autisma, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas).  Menurut Sterberg dan Zhang (1995), menjelaskan kanak-kanak yang berkerluan khas mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri.  Golongan pelajar-pelajar ini lebih gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai misalnya seperti aktiviti melukis, menyanyi dan sebagainya.
            Murid berkeperluan khas bermaksud kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dan sebahagian daripada mereka ada yang dikategorikan sebagai OKU.  Antara enam kategori murid berkeperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan kad OKU merupakan kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran, serta lain-lain yang berkaitan.
Menurut Akta Pendidikan 1996, merupakan Kanak-kanak Down Syndrom, Kanak-kanak Autistik Ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental, Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan, dan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan.
           Seorang guru perlu menjadi pengajar yang terbaik buat pelajarnya misalnya guru perlu mendidik pelajarnya  dengan ikhlas.  Guru perlu menggunakan cara pendekatan pembelajaran  yang tersendiri dalam menarik pelajarnya untuk belajar.  Guru yang mengajar pelajar yang mengalami salah pembelajaran, mereka lebih banyak menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan bahan-bahan yang berwarna yang mempunyai gambar.
               Guru juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod perbadi pelajar mereka. Setiap rekod pencapaian pelajar dapat di catat.  Bertujuan untuk menyediakan maklumat yang lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangann potensi yang melibatkan intelek, rohani, jasmani dan sosial.  Menjadi satu panduan kepada ibubapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka dan pelajar itu sendiri.  Setiap murid pendidikan khas yang mengalami masalah lembam (slow learner), mereka akan mengikuti pembelajaran seperti pelajar normal sekiranya pencapaian mereka dalam pembelajaran memuaskan.
            Guru perlu bertindak sebagai seorang kaunselor kepada para pelajarnya.  Perkara ini dapat dibuktikan menerusi temu bual yang dijalankan iaitu guru perlu sentiasa perlu memastikan setiap muridnya tidak tercicir dari pembelajaran.  Guru sentiasa memastikan pelajar mengikuti setiap pembelajaran yang diajar.  Guru perlu sentiasa memberikan kata-kata semangat yang positif kepada setiap pelajarnya misalnya pelajar yang berpendidikan khas
          Secara rumusnya, para murid yang mempunyai pelbagai upaya dalam pembelajaran mereka perlulah diajar pada kelajuan yang sesuai.  Standard prestasi yang realistik dan memberi peluang yang sesuai mengikut bakat mereka untuk mencapai potensi secara positif.  Kepimpinan sekolah sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan untuk memastikan murid sederhana turut mencapai prestasi yang baik dalam akademik dan kokurikulum.

KESIMPULANNYA:

Oleh yang demikian, pelajar yang berkelainan upaya memerlukan  pengajaran mengikut kelajuan yang sesuai dengan keadaan mereka. usaha-usaha pelbagai pihak sangat memainkan peranan yang penting bagi menjamin perkembangan yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan juga intelek.

BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA




                   

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Bab ini menerangkan tentang kepelbagaian budaya murid.  Sebagai contoh, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid.  Bab ini juga dapat mengetahui, memahami dan mengenalpasti gaya pembelajaran, pengurusan merentas budaya dan isu-isu budaya di sekolah.
           Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengajaran dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran.  Menurut Pasudi Suparlan pula, budaya adalah sebagai keseluruhan pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang digunakannya untuk memahami dan menginterpretasikan lingkungan dan pengalamannya, serta menjadi landasan bagi tingkah lakunya. 
            Secara umumnya, perkataan “Budaya”, yang berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu “buddhayah”, merujukan bentuk jamak atau buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.  Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini menitikberatkan dalam mengkaji budi dan akal pelajar di sekolah.
          Antara cara penyelesaian pengurusan budaya merupakan budaya membaca seperti wujud program nilam, perpustakaan yang lengkap, program akhbar, dan pameran.  Budaya hormat-menghormati yang mengandungi pendidikan tidak formal, pendidikan semiformal, dan pendidikan formal.  Seterusnya, budaya agama dan kaum seperti aktiviti dalam kelas, hasi sukan, hari guru, gorong-royong, aktiviti persatuan, dan badan beruniform yang dapat menjalinkan hubungan antara satu sama lain tanpa mempedulikan kaum, bangsa, dan agama.  Budaya status sosial seperti biasiswa dan tuisyen percuma.  Budaya berpakaian seperti ketatkan peraturan sekolah dan kempen-kempen tertentu.
            Antara faktor kewujudan kepelbagaian budaya sekolah seperti berikut.  Sebagai contoh, melahirkan masyarakat yang suka membaca, menghargai jasa dan sumbangan guru, memupuk sikap majmuk dan harmoni antara pelbagai kaum, jurang ekonomi dapat dikecilkan dan lain-lain.
         Akhir kata, bab ini dapat membantu lebih memahami peranan seorang guru untuk menentukan suasana budaya sekolah.  Guru akan sedar bahawa mempunyai pelbagai masalah yang ditimbul dalam kalangan pelajar atas isu budaya.  Sebagai seorang guru,memang penting untuk menyiapkan diri supaya boleh jadi teladan bagi pelajar.

KESIMPULANNYA:

Pengurusan pelbagai budaya merupakan salah satu aspek yang penting dalam memastikan kemenjadian para pelajar ketika menuntut ilmu. Oleh itu, guru-guru harulah memainkan peranan yang penting ketika mengendalikan situasi di dalam kelas khusunya, Bagi menwujudkan keharmonian dikalangan para pelajar.

BAB 9 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


SEMASA bersekolah di Sekolah DATO’ ABDUL RAHMAN  (SDAR), Seremban, penulis pernah dinasihatkan oleh seorang guru bahawa hidup ini penuh dengan cabaran. Selagi kita menghirup udara yang dianugerahkan oleh Allah SWT, selagi itulah cabaran akan dihadapi. Itu antara nasihat yang tidak pernah penulis lupakan.
      Setiap daripada kita pasti mendapat pelbagai nasihat daripada guru dan bekas guru masing-masing. Tiada guru yang tidak mahu anak muridnya berjaya dan berakhlak mulia. Guru yang baik tidak mungkin mengajar anak-anak muridnya melakukan kemungkaran. Malah, mereka akan berasa bersalah jika tidak mampu mengubah sikap anak-anak muridnya ke arah yang lebih baik.
       Inilah tanggungjawab sebenar seorang guru bukan setakat mengajar untuk memiliki sesuatu kemahiran tetapi juga menggunakan kemahiran tersebut de­ngan akhlak yang mulia. Bayangkan jika akhlak mulia ini tidak diajar kepada anak-anak murid, maka akan berlakulah kesilapan dan kesalahan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sahaja.
       Malah tidak keterlaluan, gurulah yang sentiasa mengubah dunia ini agar sentiasa aman, makmur dan sejahtera. Kebetulan pula, penulis baharu sahaja selesai membaca buku yang bertajuk, Syarikat Yang Mengubah Dunia, hasil tulisan Jonathan Mantle.
      Buku ini memaparkan kisah 50 syarikat terkemuka dunia yang mengubah dunia. Tidak ada syarikat yang ber­asal dari Malaysia berada dalam senarai 50 syarikat tersebut. Apa yang pasti syarikat-syarikat Malaysia telah berada di luar negara dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan.
        Meskipun boleh didebatkan mengenai pemilihan 50 syarikat tersebut kerana banyak lagi syarikat yang hebat-hebat belaka telah wujud sejak dahulu lagi sehingga kini, namun hakikatnya 50 syarikat tersebut tetap hebat dan sedikit sebanyak telah mengubah dunia dengan membentuk tingkah laku manusia. Begitu juga, bagaimana syarikat-syarikat ini mampu berdikari sehingga produk-produk yang dijual berada di serata dunia. Dengan kata lain, memasyarakatkan produk-produk mereka sehingga menjadi produk kehidupan harian manusia.
      Namun, di sebalik kejayaan syarikat-syarikat ini yang diketuai oleh pengasas masing-masing, penulis amat ya­kin gurulah yang berada di belakang tabir kecemerlangan mereka. Sama ada mereka itu diajar secara formal atau tidak formal oleh mana-mana guru, pastinya kejayaan tidak datang bergolek tanpa sokongan dan dorongan seorang guru. Dengan kata mudah, gurulah sebenarnya yang mengubah mereka menjadi pengasas kepada syarikat yang mampu mengubah dunia.
       Bagi guru yang mengajar secara formal, pendidikan melalui sekolah diberikan kepada kita manakala pendidikan yang tidak formal boleh berlaku di mana-mana jua sehingga seseorang itu menjadi pakar dan hebat. Pendidikan formal itu boleh diteruskan sehingga ke peringkat menara gading. Ketika ini, meskipun diajar oleh pendidik yang bergelar pensyarah, namun hakikatnya, mereka ini tetap seorang guru. Bagi peringkat yang lebih tinggi sehingga ke ijazah kedoktoran, seseorang itu tetap diajar oleh seorang guru tentang selok-belok menjalankan penyelidikan.
         Maka, lahirlah golongan pakar dan penyelidik di serata dunia yang juga menabur bakti menjadi guru kepada orang lain sehingga lahirlah begitu ramai pakar dan penyelidik yang ‘beranak-pinak’ di seluruh dunia. Tidakkah ini cukup menggambarkan bahawa guru berkeupayaan mengubah dunia.
        Sebab itulah apabila ada pihak yang hanya belajar melalui pembacaan semata-mata tanpa berguru dengan pihak yang memiliki kepakaran, maka dibimbangi ilmu itu tidak difahami sebetulnya. Tidak mustahil berlaku kesilapan sehingga boleh memudaratkan masyarakat. Misalnya, seseorang itu membuat tafsiran sendiri melibatkan hukum agama sedangkan dia tidak cukup mahir dalam bidang agama berkaitan. Maka, boleh membawa kepada ajaran sesat yang memudaratkan masyarakat.
        Malang sekali, ramai yang berlagak mahir dan pakar meskipun ilmu tidak seberapa. Dalam hal ini, kita sentiasa diajar sejak dari dahulu lagi agar menghormati orang yang memiliki kelayakan ilmu dan usah menyanggah jika tidak cukup ilmu. Malah, mendalami ilmu bukan setakat beberapa hari menghadiri sesi ilmu sehingga berasakan diri sudah hebat bak bait-bait lagu Amboi, nyanyian Altimet, ‘Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa’.
           Sebab itulah setiap daripada kita memerlukan guru untuk menasihati apa yang wajar dan menegur apa yang sepatutnya. Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada kesilapan meskipun berada di puncak kehebatan. Maka, di sinilah peranan guru yang tidak pernah mengharapkan sebarang balasan meskipun sedikit cuma. Mereka ini tidak pernah mengeluh akan beban kerja yang dimiliki.
        Tanggungjawab mereka untuk mendidik anak murid tanpa memilih warna kulit hanya semata-mata untuk melihat anak murid berjaya kelak. Ini mengingatkan lagi kata-kata seorang guru semasa di SDAR, ‘Guru itu um­pama lilin yang membakar diri semata-mata untuk me­nerangi kehidupan orang lain’.
         Mungkin ketika itu, penulis kurang faham akan maksud kata-kata guru tersebut yang cukup dihormati penulis, namun setelah bergelar guru kepada pelajar dewasa, baharulah pengertian itu difahami bahawa menjadi guru demi menabur bakti kepada masa depan sesebuah masyarakat.

KESIMPULANNYA:

Mentoring, bimbingan dan penasihatan merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu pelajar dalam pelbagai aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. ketiga-tiga aspek ini sudah dikenal pasti sebagai suatu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh.

BAB 8 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU


1.1  DEFINISI TINGKAH LAKU

Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003),  tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.
Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah Laku Bermasalah  Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.

1.2 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).
Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negative dan bebas gangguan.
2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU
            Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu:2008).
            Penderaan Kanak-Kanak  iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di sekelilingnya. 
            Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008) kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila emosi mereka didera. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat menetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup. 

3.0 CARA MENGURUS TINGKAH LAKU
            Seperti di perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Model ini adalah sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabila kanak-kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan dan guru memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya nama itu direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu, model ini membantu guru mengajar dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Kebanyakkan dilaksanakan di sekolah rendah memandangkan sesuai untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak supaya memahami pentadbiran sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang berjaya melatih kanak-kanak supaya bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya adalah tidak menghiraukan kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik darjah.
4.0 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU
   Tingkah laku boleh diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik. Antara teknik-teknik tersebut adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal (personal tools), teknik pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan (correction measure).
    Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini. Kesimpulannya, guru perlu mahir dalam menggunakan teknik ini.
      Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar. Selain itu, melalui teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurus dapat diwujudkan. Maka bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah, membuat sistem mengutip buku serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal. Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau tidak.
     Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini. Guru juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti ketuk-ketampi. Di samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah itu, guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya selepas pengajaran. Melalui perjumpaan ini, guru boleh membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih baik. Maka, guru haruslah sentiasa memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitan dengan tingkah laku tersebut.

5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU
      Mengurus TL memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.
Prinsip Peneguhan
     Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku.Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar.
    ii.        Jenis-jenis Pemerhatian
      Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dijenis mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhati iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa    tetapi membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.
      Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan secara “open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut.
     Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang. Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam      jangka masa berperingkat  supaya mendapat dapatan yang berkesan dan  bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa terhadap        sesuatu tugasan.

6.0 ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Terdapat tiga perkara asas dalam pengurusan tingkah laku. Perkara tersebut adalah peneguhan, hukuman, prompts dan kiu.
a)    Peneguhan
    Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan kepada tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan tingkah laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat digalakkan melalui amalan peneguhan.
b)   Hukuman
     Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas melakukan sesuatu tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua pula menyatakan tentang satu konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan bahagian ketiga adalah sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak berlaku lagi di masa akan datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah laku yang kuat. Hukuman boleh dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan hukuman negatif.
     Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan pemberian satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif adalah tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang meneguhkan.

c)    Prompts
        Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan individu dalam melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau semasa tingkah laku itu dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan stimulus. Prompts respon adalah tingkah laku individu lain yang meransangkan respon yang diperlukan. Antaranya adalah prompts lisan, gesture, tunjuk cara dan fizikal. Manakala prompts stimulus pula melibatkan perubahan, penambahan atau penarikan pada  stimulus. Ini adalah bertujuan untuk memastikan respon yang betul diperolehi.
d)   Kiu
      Kiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atau konsep yang relevan dengan objek atau konsep yang lain. Contohnya, guru membezakan suku kata dengan mengunakan warna merah dan warna hitam. Hal ini akan membantu murid untuk membezakan suku kata pertama dengan suku kata kedua di samping dapat memudahkan proses bacaan.

7.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH
         Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
       Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.
 7.1 Ciri-ciri  Tingkah Laku Bermasalah
7.1.1 Tingkah Laku Positif
         Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam meransang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.  
          Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.
7.1.2 Tingkah Laku Negatif
         Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku  kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut.
        Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif.   Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan.

7.2 Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah
a)    Hiperaktif
         Hiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku kurang tumpuan iaitu tidak selari dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak  hiperaktif juga mudah lupa dengan aktiviti harian mereka dan lalai dalam membuat tugasan. Maka, mereka sukar untuk mengikut arahan dan gagal menyudahkan kerja sekolah.
b)   Agresif
        Tingkah laku bermasalah jenis agresif dapat dikenal pasti apabila terdapat beberapa perubahan pada individu. Antaranya seperti tidak dapat tidur malam dan mimpi ngeri, perasaan takut yang amat sangat dan tingkah laku  agresif. Selain itu, kanak-kanak ini juga akan cepat naik marah, tidak sabar menunggu giliran dan tidak menerima teguran atau komen orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan dan menganggap dirinya adalah yang terbaik.
c)    Separation Anxiety
         Tingkah laku ini juga dikenali sebagai kebimbangan. Tingkah laku ini dapat ditunjukkan melalui perasaan kurang senang atau takut akibat andaian bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perkara ini terjadi akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang pernah dialami oleh seseorang.
d)   Overdependency
         Tingkah laku overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung kepada orang lain. Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana memilik pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat perlindungan yang terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang yakin. Mereka akan sering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan.

e)    Withdrawal
       Withdrawal atau pengasingan diri adalah tingkah laku yang suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku yang ditunjukkan ini dijadikan sebab untuk membela diri supaya dapat elakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

8.0 KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU
          Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan murid yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkah laku terpuji dalam diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sebdiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan.
       Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila murid yang bermasalah daripada segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada murid yang membuat bising dan mengganggu murid lain belajar.
       Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan murid .Ini menyebabkan berbagai-bagai masalah sebalaiknya murid sendiri sudah memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan murid dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan, di sadapat berubah.mping minat bagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan.
       Para pelajar menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku terpuji. Apabila mereka mengikut didiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran.
        Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan. Sebagaimana yang kita tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju.
         Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.