PENGURUSAN SUMBER
-
Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam
mencapai tujuan ataupun matlamat.
-
Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu
yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan
dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja,
pusing ganti pekerja dan sebagainya.
-
OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam
memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk
mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa
yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.
Definisi Pengurusan Sumber
-
Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi
menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan.
-
Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk
hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang
strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara
sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.
Pengurusan
Pengurusan ialah melibatkan proses perancangan, penyusunan,
pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua
sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
Proses perancangan -
sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan
objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program.
Penyusunan - melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan
orgnisasi.
Pengarahan - dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti
organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni.
Pengawalan - membabit beberapa perkara penting seperti
mengenalpasti masalah dalam penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian
tertentu yang mesti diambil kira.
Sumber
- Sumber merupakan bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat
disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu set bahan atau sistem yang
diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan
dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3
iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.
- Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan
pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada
terhadap sesuatu perkara yang merupakan asas kepada sumber sekunder atau
tertier. contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.
- Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada
sumber primer melelui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam
format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga
glosari.
Sumber tertier dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat
yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk
buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.
KEPENTINGAN SUMBER:
1. Media komunikasi
- Komunikasi melibatkan
penyampaian dan penerimaan maklumat
- Disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan
tayangan video
- Guru sebagai pengirim dan murid sebagai penerima
2. Sebagai ransangan
- Murid lebih minat belajar
- Bahan sebagai ransangan utama murid
- Memahami sesuatu dengan lebih mendalam
- Tumpuan murid lebih kepada perkara-perkara yang menarik bermaknsa
dan penting
3. Penjelasan makna dan konsep
- Dapat menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber
-Boleh diguna diluar dan di dalam bilik darjah
-Seperti siaran langsung atau rakaman-rakaman peristiwa sebenar spt
radio dan televisyen
-Mengembangkan corak pemikiran murid
4. Penggerak penggunaan pelbagai media
-Melibatkan pelbagai deria iaitu deria rasa, dengar, lihat, sentuh
dan bau
-Guru perlu menggunakan pelbagai sumber dan bahan supaya
deria-deria ini boleh digunakan
-Deria lebih banyak digunakan dalam aktiviti pembelajaran
5. Sumber pengalaman
-Memberi pengalaman langsung dan tidak langsung
-Pengalaman memberi kesan mendalam terhadap proses pembelajaran
murid.
-Lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri berbanding
maklumat yg diperoleh
-Untuk memastikan apa yg diajar kekal lama dalam ingatan murid
JENIS-JENIS SUMBER YANG DIFOKUSKAN:
PUSAT SUMBER PERTAMA:
Perpustakaan
Konsep Pusat Sumber
-Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi
maklumat dan suber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
-Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat
bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan
bercetak, bukan bercetak dan digital.
-Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik
minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang
hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
OBJEKTIF PUSAT SUMBER:
1. Mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan
sumber .
2. Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru dan pelajar mereka.
3. Melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat,
membuat rujukan, dan menggunakan peralatan.
4. Memberi pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5. Menyebar maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti
pendidikan
FUNGSI PUSAT SUMBER;
-Menyediakan dan mempromosi bahan bacaan dan sumber yang
berkualiti.
-Berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan kurikulum dan
kokurikulum institusi pendidikan.
-Sebagai pusat interaksi di antara guru dan pelajar – pelajarnya.
-Sebagai tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan
tempat untuk memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran.
-Menganjurkan aktiviti galakkan membaca, pameran, pertandingan
akademik dan sebagainya.
PUSAT SUMBER KEDUA:
Makmal Sains
Definisi : Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas
yang dibina untu pengajaran pembelajaran amali sains
Dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains
di bawah keadaan yang terkawal
Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal
sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan
Kepentingan Makmal Sains
♥ Memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif kerana
sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan hanya mendengar.
♥ Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses
sains serta kemahiran manipulatif.
♥ Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan,
dengan menyediakan tempat yang sesuai
♥ Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap
sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
♥ Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran
dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan
ASPEK UTAMA DALAM PENGURUSAN MAKMAL SAINS
-Keceriaan makmal sains
-Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan
-Keselamatan makmal sains
TINDAKAN GURU SAINS SEMASA KEMALANGAN BERLAKU DALAM MAKMAL SAINS
-Mengenalpasti jenis kemalangan yang berlaku
-Jika di luar kemampuan diri dalam menyelamat mangsa, eloklah
meminta orang lain yang berpengalaman
-Jika kecederaan teruk, minta ketua darjah laporkan kepada pihak
pentadbir sekolah
-Bagi kemalangan besar, hubungi ambulans dan bantuan doktor
perubatan dengan segera
-Memberitahu ibu bapa pelajar yang berkenaan
-Guru harus merekod dan melaporkannya kepada pihak pentadbir
sekolah
PUSAT SUMBER KETIGA:
Makmal Komputer
1. Makmal komputer merupakan salah sebuah tempat di mana di
dalamnya mempunyai beberapa buah komputer untuk kegunaan pelajar.
2. Makmal komputer juga disediakan untuk pelajar-pelajar zaman
sekarang ini mengenal tentang peralatan komputer serta kegunaannya.
3. Didalam makmal komputer tersebut pula terdapat rangkaian lain
untuk pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER:
1. Pengurusan Makmal Komputer
Bidang pengurusan makmal
komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti
keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan
pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa
memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna
makmal komputer pada setiap masa.
2. Peraturan Makmal Komputer
- Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa
izin atau semasa ketiadaan guru.
- Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi
supaya tersusun rapi dan kemas.
- Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang
bertugas di makmal komputer.
- Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
- Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
3. Senarai Keselamatan Pengguna
- Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak
di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat
peranti
- Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut
keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
- Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau
di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna.
- Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk
keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
- Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60
cm jauh dari mata.
- Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat
dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
4. Aspek Keselamatan Perkakasan
- Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal
tanpa kebenaran.
- Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang
terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa
di dinding yang bersambung ke komputer itu.
- Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan
perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.
No comments:
Post a Comment