PENGURUSAN MURID
Bab ini akan
mengatakan tentang mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan
memotivasikan murid. Di dalam bab ini
juga menerangkan tentang cara pengurusan rekod
murid, pengendalian rekod murid serta mengetahui jenis dan faktor kesediaan
belajar dan cara untuk memotivasikan murid.
Menurut Jaafar Muhammad (1988),
pengurusan merupakan satu proses pengagihan input-input dengan cara
perancangan, pengorganisasian, pengarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk
mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya organisasi
tercapai. Peter F. Drucker menyatakan
pengurusan sebagai proses sosial yang dibentuk untuk memberi kerjasama, penglibatan, campur tangan dan
penyertaan org lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan bagi objektif utama.
Antara jenis rekod murid mengandungi
rekod murid menyediakan maklumat lengkap dan mengenai kemajuan murid dalam
segala aspek perkembangan potensi seperti Intelek, Rohani, Emosi, dan
Jasmani. Sebagai panduan kepada ibu bapa
dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak mereka. Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri
untuk mengetahui potensi diri masing-masing.
Tambahan pula, jenis rekod murid yang terdapat ialah antara jenis rekod
murid yang digunakan oleh pihak sekolah untuk mengurus murid iaitu, rekod
pendaftaran, rekod kedatangan, rekod prestasi, rekod profil, rekod kutipan
yuran serta rekod himpunan 001 dan 002.
Noriati (2009)
mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan
tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dalam strategi ini, guru
hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka
sendiri melalui aktiviti yang dilakukan.
Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir,
menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi
pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama
dalam kalangan murid (Shahabuddin, 2007).
Kesediaan murid belajar boleh
didefinisikan sebagai keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk
mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang
baru. Menurut Brunner (1966) pula
menyatakan bahawa kesediaan murid belajar adalah berkaitan apa jua perkara yang
dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat
perkembangannya.
Antara kesediaan adalah seperti
berikut. Kesediaan Kognitif. Seseorang pelajar mempunyai kesediaan
kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup
dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. Dengan erti kata yang lain, pencapaian
ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya. Kesediaan Afektif. Kesediaan afektif merujuk kepada sikap
kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk
melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat
dikaitkan dengan motivasi intrinsik.
Kesediaan Psikomotor. Psikomotor
merujuk kepada tindakan fizikal.
Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan
kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta
penyelarasan pengerakkan badan.
Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk
melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru. Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila
tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan.
Pendek kata, Pengurusan murid
memerlukan jenis rekod untuk menanda kedatangan, mengenalpasti masalah dan
sebagainya. Seterusnya guru perlulah mengambil
berat akan persedian murud untuk belajar dari segi kognitif, psikomotor dan
afektif. Di samping itu juga, guru
haruslah memberi motivasi insrinsik dan motivasi ekstrinsik kepada pelajar
untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka.
Akhirnya guru haruslah menggunakan teknik yang betul untuk proses
pengajaran dan pelajaran (PdP) murid iaitu menggunakan teknik behavioris,
teknik kognitif dan teknik humanis.
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal
ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan
prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih
daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
Tujuan Mengurus Rekod Murid
1. Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
2. Kemaskini profil murid
3. Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah
laku pelajar
4. Meyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam
segala aspek perkembangan potensi (JERI)
5. Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan
kebolehan anak mereka.
6. Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui
potensi diri masing-masing.
Melalui Faedah mengurus data dan maklumat kepada sekolah.
Data dan maklumat dapat disimpan dengan lebih baik dan tersusun. Malah,
maklumat mudah dicapai dan digunakan dengan menggunakan sistem pengurusan data.
Selain itu, semua pentadbir, kakitangan akademik dan bukan akademik mudah
mendapatkan data dan membuat analisa. Mudah untuk membuat keputusan
berkaitan dengan gaji, prestasi akademik dan bukan akademik. Pentadbiran
khususnya kerani dan kerani kewangan dapat menggunakan teknologi IT dengan
sepenuhnya. Faedah dan kebaikan maklumat kepada masyarakat. Maklumat mudah
dicapai melalui Internet. Ibu bapa, pelajar dan warga seluruh dunia dapat
membaca maklumat tentang sekolah dari homepagesekolah. Oleh itu, dapat memudahkan banyak pihak dalam menguruskan hal ehwal sekolah.
No comments:
Post a Comment