SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
- Sekolah adalah tempat pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan
- Berfungsi
untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang
bersahsiah dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan tiga
dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:
- mencapai matlamat atau objektif yang
sama
- perlu ada hubungan yang mantap dan
akrab
-hubungan strategik yang membawa faedah
sinergi kepada semua pihak yang terlibat
ARKIB : 31/01/2005
Kecemerlangan pelajar - Persekitaran sekolah atau rumah?
Mukadimah
PADA Analisis 1 yang disiarkan dalam Pendidikan Bestari Khamis lalu,
kita melihat bagaimana ibu bapa dan guru berkonflik mengenai peranan dan
tanggungjawab masing-masing dalam mendidik anak-anak. Si ibu `pening kepala'
dengan beban akademik dan fizikal yang diserahkan oleh sekolah kepadanya. Apa
pula kata para profesor di universiti? Ikuti tinjauan MARZITA ABDULLAH.
PERSEKITARAN sekolah dan peranan guru merupakan faktor terpenting
yang mendorong kecemerlangan akademik seseorang pelajar.
Faktor tersebut tidak boleh ditolak walaupun ada pelajar memberi
alasan mereka cemerlang kerana mengikuti tuisyen.
``Sekolah mempunyai strategi, kumpulan penggalak atau pendorong
semangat,'' kata Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains
Malaysia (USM) Prof. Madya Aminah Ayob.
Baginya, guru ialah kumpulan peng- galak, pendorong dan pengatur
strategi.
``Sesama rakan sebaya pula akan mewujudkan komuniti persaingan,''
ujarnya.
Walaupun ibu bapa menyumbang kepada kecemerlangan anak
masing-masing, namun bagi beliau `sumbangan' mereka sekadar `asas' kepada
kejayaan itu.
``Dengan kata lain, ibu bapa yang mengambil berat tentang akademik
anak akan meletakkan harapan kepada mereka dan harapan itu adalah `asas' dalam
diri para pelajar ini,'' katanya.
Aspirasi
Tambah beliau, tanpa dorongan daripada pihak sekolah, mungkin
semangat dan aspirasi pelajar untuk mencipta kecemerlangan tidak wujud.
Beliau mengambil contoh pelajar cemerlang di sekolah berasrama penuh
yang tidak mengikuti sebarang tuisyen, tetapi patuh kepada perancangan yang
diatur pihak sekolah.
Mereka mengikuti kelas prep dan membuat latih tubi dengan bimbingan
guru.
``Ini ialah bantuan tambahan.
``Sekolah mengatur strategi. Sekali gus ini membuktikan bahawa
peranan sekolah itu penting untuk pelajar mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan,'' katanya.
Bagi Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah
Yaakob, sekolah dan ibu bapa mempunyai peranan yang sama penting dalam dunia
akademik para pelajar.
``Hubungan kedua-dua pihak ini penting untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang,'' katanya. Beliau tidak menafikan bahawa sistem di sekolah berasrama
penuh mampu melahirkan pelajar cemerlang.
Ini kerana sekolah-sekolah demikian mempunyai persekitaran yang
kondusif dan guru-guru yang komited.
``Dengan kata lain, guru di sekolah ini memainkan peranan penting
dalam kecemerlangan pelajar apatah lagi mereka sedia maklum kehendak dan hala
tuju sekolah-sekolah ini,'' katanya.
Mengenai kelas tuisyen pula, beliau mengakui perkara tersebut sudah
menjadi budaya dalam kalangan ibu bapa dan pelajar di kawasan bandar seperti di
Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Sebagai ibu bapa, Noran Fauziah turut menghantar anak-anaknya ke
kelas-kelas tuisyen tersebut.
``Tetapi ini bukan bermakna kita tidak percaya kepada perancangan
sekolah dan tidak menghargai guru-guru sekolah,'' ujarnya.
Menghantar pelajar ke kelas tuisyen bertujuan supaya para pelajar
lebih konsisten dengan pelajaran yang diikuti di sekolah.
``Lagipun bagi ibu bapa yang bekerja, mereka tidak mempunyai masa
untuk meneliti satu persatu kerja-kerja sekolah yang dibawa balik ke rumah,''
katanya.
Bagi beliau, peranan sekolah penting untuk menentukan kecemerlangan
pelajar, manakala peranan kelas tuisyen hanya sebagai pelengkap kepada sekolah.
No comments:
Post a Comment