1.1 DEFINISI TINGKAH LAKU
Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh
seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh
diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah
manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi,
prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap
organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau
dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang
individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya
individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya
berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari
perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada
kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.
Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang
serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada
tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi
pembelajaran. Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama
ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan
tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap
ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku
negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif
dan sikap bergantung.
1.2 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan
untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah
ditetapkan dengan teknik yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh
(2005).
Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku
kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku
positif dan menghentikan tingkah laku negative dan bebas gangguan.
2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU
Tingkah laku
negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak
dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah
persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada
peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah
disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak
menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini
menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang
padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang
negatif. (Saayah Abu:2008).
Penderaan
Kanak-Kanak iaitu penderaan fizikal,
mental dan emosi sering menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa.
Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang
yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali
mengancam, mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan
ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan
fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh
orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk
bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang
lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain
yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan
semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak
lain di sekelilingnya.
Namun begitu,
menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008) kanak-kanak yang cerdas
berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain
terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah
menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak
semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan
apabila emosi mereka didera. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah
laku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat menetukan masa
depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikap penolakan,
pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai
tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama
ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit
ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.
3.0 CARA MENGURUS TINGKAH LAKU
Seperti di
perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Model ini adalah
sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabila
kanak-kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan
dan guru memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya
nama itu direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu, model ini membantu
guru mengajar dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Kebanyakkan
dilaksanakan di sekolah rendah memandangkan sesuai untuk mengurus tingkah laku
kanak-kanak supaya memahami pentadbiran sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang
berjaya melatih kanak-kanak supaya bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya
adalah tidak menghiraukan kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik
darjah.
4.0 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Tingkah laku boleh
diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik. Antara teknik-teknik tersebut
adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal (personal tools), teknik
pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan (correction
measure).
Teknik pertama iaitu alat
pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kedekatan
fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati
sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah seterusnya adalah
dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan berjalan
ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat
pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik,
marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini.
Kesimpulannya, guru perlu mahir dalam menggunakan teknik ini.
Teknik kedua pula
adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan ketegangan
dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar. Selain itu, melalui
teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurus dapat diwujudkan.
Maka bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh digunakan
adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah, membuat sistem
mengutip buku serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal. Guru juga
boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau tidak.
Teknik yang terakhir
adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat dilaksanakan
dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa
merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan
menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga
dapat membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini. Guru juga
boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti
ketuk-ketampi. Di samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku
bermasalah itu, guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya selepas
pengajaran. Melalui perjumpaan ini, guru boleh membimbing perlakuannya supaya
menjadi lebih baik. Maka, guru haruslah sentiasa memperjelaskan atau
mengingatkan mereka berkaitan dengan tingkah laku tersebut.
5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Mengurus TL memerlukan
kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut. Ia berlandaskan kepada
prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru.Antara
perkara yang perlu diberi perhatian ialah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian,
dan prinsip pengurusan tingkah laku.
Prinsip Peneguhan
Peneguhan sangat penting
untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku.Dalam membuat peneguhan, peneguh
(ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguh merupakan
sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas
atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa
akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar.
ii. Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian yang
pertama adalah pemerhatian yang boleh dijenis mengikut tujuan dan aspek yang
hendak diperhati iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran
(interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja
dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi membuat hipotesis yang diperolehi
selepas menemu bual individu yang berkenaan.
Kedua, pemerhatian yang
dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan secara “open-ended” iaitu
menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan atau sikap
yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau
di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian
tersebut.
Manakala, yang ketiga
adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang. Pemerhatian yang
dilaksanakan mengikut urutan dalam
jangka masa berperingkat supaya
mendapat dapatan yang berkesan dan
bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.
6.0 ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Terdapat tiga perkara asas dalam pengurusan tingkah laku. Perkara
tersebut adalah peneguhan, hukuman, prompts dan kiu.
a) Peneguhan
Peneguhan merupakan satu
bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan kepada tingkah laku tertentu
dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan tingkah laku tersebut.
Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat digalakkan melalui amalan
peneguhan.
b) Hukuman
Hukuman merupakan satu
bentuk tingkah laku yang diberikan selepas melakukan sesuatu tingkah laku yang
salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah
satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua pula menyatakan tentang satu
konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan bahagian ketiga adalah
sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak berlaku lagi di masa
akan datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah laku yang kuat. Hukuman
boleh dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan hukuman negatif.
Hukuman positif adalah
bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan pemberian satu ransangan
yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif adalah tingkah laku yang
diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang meneguhkan.
c) Prompts
Prompts adalah
ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan individu dalam melaksanakan
tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau semasa tingkah laku itu
dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan stimulus. Prompts respon
adalah tingkah laku individu lain yang meransangkan respon yang diperlukan.
Antaranya adalah prompts lisan, gesture, tunjuk cara dan fizikal. Manakala
prompts stimulus pula melibatkan perubahan, penambahan atau penarikan pada stimulus. Ini adalah bertujuan untuk
memastikan respon yang betul diperolehi.
d) Kiu
Kiu adalah amalan yang
membolehkan murid untuk membezakan objek atau konsep yang relevan dengan objek
atau konsep yang lain. Contohnya, guru membezakan suku kata dengan mengunakan
warna merah dan warna hitam. Hal ini akan membantu murid untuk membezakan suku
kata pertama dengan suku kata kedua di samping dapat memudahkan proses bacaan.
7.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH
Dalam konteks
pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang
boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini
membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif
dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti
perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk
tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah
laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya
tingkah laku bergantung yang berlebihan.Sama ada seseorang murid itu mempunyai
masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak
baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian,
guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan
tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini
sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif
dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara
umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah
pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada
murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil
dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang,
tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri
rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative,
memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan
hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan
diri.Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam
kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur
peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam
mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru
bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa
ditukar.
7.1 Ciri-ciri Tingkah Laku Bermasalah
7.1.1 Tingkah Laku Positif
Tingkah laku positif
merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik untuk
perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan
lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam meransang
pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan
sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih
melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada
aktiviti seperti ini.
Kanak-kanak yang
cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru
tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar.
Guru Cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak
proaktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif
merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan
lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun
jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti
yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.
7.1.2 Tingkah Laku Negatif
Tingkah laku negatif
pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan
sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang
seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu
kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang
bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk
dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut.
Selain itu juga,
vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka
membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif
merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering
menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku
bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi
kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah.
Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga
aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan
kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan.
7.2 Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah
a) Hiperaktif
Hiperaktif adalah
tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku kurang tumpuan iaitu tidak selari
dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak
hiperaktif juga mudah lupa dengan aktiviti harian mereka dan lalai dalam
membuat tugasan. Maka, mereka sukar untuk mengikut arahan dan gagal menyudahkan
kerja sekolah.
b) Agresif
Tingkah laku
bermasalah jenis agresif dapat dikenal pasti apabila terdapat beberapa
perubahan pada individu. Antaranya seperti tidak dapat tidur malam dan mimpi
ngeri, perasaan takut yang amat sangat dan tingkah laku agresif. Selain itu, kanak-kanak ini juga
akan cepat naik marah, tidak sabar menunggu giliran dan tidak menerima teguran
atau komen orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan dan menganggap
dirinya adalah yang terbaik.
c) Separation Anxiety
Tingkah laku ini
juga dikenali sebagai kebimbangan. Tingkah laku ini dapat ditunjukkan melalui
perasaan kurang senang atau takut akibat andaian bahawa sesuatu yang tidak
diingini akan berlaku. Perkara ini terjadi akibat daripada pengalaman emosi
yang tidak menggembirakan yang pernah dialami oleh seseorang.
d) Overdependency
Tingkah laku
overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung kepada orang lain.
Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana
memilik pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi
kerana kanak-kanak mendapat perlindungan yang terlalu melampau dan sering kali
dimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang yakin. Mereka akan
sering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan.
e) Withdrawal
Withdrawal atau
pengasingan diri adalah tingkah laku yang suka menjauhkan diri daripada orang
lain yang kurang disenangi. Tingkah laku yang ditunjukkan ini dijadikan sebab
untuk membela diri supaya dapat elakkan diri daripada berkomunikasi dengan
orang lain.
8.0 KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU
Tingkah laku
terpuji penting bagi melahirkan murid yang bersifat sanggup melaksanakan
tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkah laku terpuji
dalam diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri
sebdiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan
baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan.
Tingkah laku terpuji
penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan,
dan penuh ceria. Apabila murid yang bermasalah daripada segi disiplin ini tidak
wujud dalam kelas, tidak ada murid yang membuat bising dan mengganggu murid
lain belajar.
Guru juga tidak perlu
meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan murid .Ini menyebabkan
berbagai-bagai masalah sebalaiknya murid sendiri sudah memahami
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan
murid dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan, di sadapat berubah.mping
minat bagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan.
Para pelajar menjadi
lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku terpuji.
Apabila mereka mengikut didiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan
tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara
secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang.
Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik
dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran.
Masa dapat dijimatkan
kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak membuang
masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan. Sebagaimana yang kita
tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga
hilang pegangan dan hala tuju.
Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi
dalam kalangan pelajar mampu melatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni
seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying, berkerjasama, cintakan
kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi disiplin, pelajar
sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang
sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.
No comments:
Post a Comment