BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI
BUDAYA
Bab ini menerangkan tentang kepelbagaian
budaya murid. Sebagai contoh, pengurusan merentas budaya dan isu
kepelbagaian budaya murid. Bab ini juga
dapat mengetahui, memahami dan mengenalpasti gaya pembelajaran, pengurusan
merentas budaya dan isu-isu budaya di sekolah.
Menurut
kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengajaran dan
pengawalan pengelolaan, penyelenggaran.
Menurut Pasudi Suparlan pula, budaya adalah sebagai keseluruhan
pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang digunakannya untuk memahami dan
menginterpretasikan lingkungan dan pengalamannya, serta menjadi landasan bagi
tingkah lakunya.
Secara
umumnya, perkataan “Budaya”, yang berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu
“buddhayah”, merujukan bentuk jamak atau buddhi (budi atau akal) yang diertikan
sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Sehubungan
dengan itu, kerja kursus ini menitikberatkan dalam mengkaji budi dan akal
pelajar di sekolah.
Antara cara
penyelesaian pengurusan budaya merupakan budaya membaca seperti wujud program
nilam, perpustakaan yang lengkap, program akhbar, dan pameran. Budaya hormat-menghormati yang mengandungi
pendidikan tidak formal, pendidikan semiformal, dan pendidikan formal. Seterusnya, budaya agama dan kaum seperti
aktiviti dalam kelas, hasi sukan, hari guru, gorong-royong, aktiviti persatuan,
dan badan beruniform yang dapat menjalinkan hubungan antara satu sama lain
tanpa mempedulikan kaum, bangsa, dan agama.
Budaya status sosial seperti biasiswa dan tuisyen percuma. Budaya berpakaian seperti ketatkan peraturan
sekolah dan kempen-kempen tertentu.
Antara
faktor kewujudan kepelbagaian budaya sekolah seperti berikut. Sebagai contoh, melahirkan masyarakat yang
suka membaca, menghargai jasa dan sumbangan guru, memupuk sikap majmuk dan
harmoni antara pelbagai kaum, jurang ekonomi dapat dikecilkan dan lain-lain.
Akhir
kata, bab ini dapat membantu lebih
memahami peranan seorang guru untuk menentukan suasana budaya sekolah. Guru akan sedar bahawa mempunyai pelbagai
masalah yang ditimbul dalam kalangan pelajar atas isu budaya. Sebagai seorang guru,memang penting untuk
menyiapkan diri supaya boleh jadi teladan bagi pelajar.
KESIMPULANNYA:
Pengurusan pelbagai budaya merupakan salah satu aspek yang penting dalam memastikan kemenjadian para pelajar ketika menuntut ilmu. Oleh itu, guru-guru harulah memainkan peranan yang penting ketika mengendalikan situasi di dalam kelas khusunya, Bagi menwujudkan keharmonian dikalangan para pelajar.
No comments:
Post a Comment