Monday, December 10, 2018

BAB 1 MENGURUS PEMBELAJARAN


BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Bab ini menerangkan tentang sosiologi dan pembelajaran.  Contohnya, asas-asas sosiologi pendidikan dan pembelajaran serta fungsi-fungsi pembelajaran dan konflik dalam pembelajaran.  Bab ini juga berkenaan dengan interaksi dan pembelajaran.  Sebagai contoh. interaksi dalam pembelajaran, interaksi dalam pengurusan pembelajaran, bentuk-bentuk interaksi pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi pembelajaran.  Dalam bab ini, pembelajaran akan menjelaskan asas-asas sosiologi dan kaitannya dengan sosiologi pendidikan dan pembelajaran dan mengaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah serta mengaitkan kursus dengan interaksi dalam pembelajaran dan perbincangan mengenai bentuk-bentuk interaksi dalam pembelajaran.

Menurut Stoner (1984), pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.  Pembelajaran merujuk kepada beberapa Theories for Teachers, 1982.  Perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu.

Sosiologi pendidikan merupakan kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut.  Masyarakat ialah sekumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial.  Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial.  Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dalam bidang pendidikan yang dikelilingi masyarakat.  Oleh yang demikian, pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain.  Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan termasuklah sekolah perlu dianalisis dari segi perspektif sosiologi.

Menurut Van Zanden (1996), sosiologi ditafsirkan sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi.  Manakala menurut Jary dan Jary (1995), sosiologi merupakan bidang kajian bersifat saintifik mengkaji masyarakat dari pelbagai sudut seperti fungsi, mengurus organisasi, amalan budaya dan sebagainya. 

Dalam aspek prinsip pembelajaran, latihan adalah amat penting kerana murid dapat mengaplikasi perkara yang dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru.  Seterusnya, kondusif dapat menyesuaikan suasana pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani.  Bermatlamat kepada pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah, dekat kepada jauh.

Sosial dan persekitaran telah mengajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap persekitaran , tidak egosentrik, sedia terima pendapat,  pengalaman sedia ada telah mendorong murid lebih sedia dan yakin untuk belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka.

TIGA TEORI UTAMA :

TEORI FUNGSIONALISME – AUGUSTE COMTE ( 1798- 1857)
Mengkaji perlakuan social atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.  Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat. Ini bermaksud, jika seseorang individu menjalankan kerjanya dengan baik, maka tidak ada apa yang tidak kena akan berlaku melainkan individu yang lain yang menjadi punca masalah.

 TEORI KONFLIK – KARL MARX  (1818-1883)
Seterusnya adalah teori konflik yang dipelopori oleh Karl Marx, teori ini jelas berkait rapat dengan unsur ajaran Karl Marx di mana semua masyarakat akan runtuh jika ada konflik yang berlaku. Karl Marx juga mengkritik ajaran kapitalisme dengan teori ini. Secara amnya, teori konflik ini lebih tertumpu kepada masalah yang timbul dalam masyarakat itu sendiri.

TEORI  INTERAKSIONISME SIMBOLIK - GEORGE HERBERT MEAD  (1863- 1931)

Teori ini lebih menumpu kepada bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Ia juga mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. Teori ini juga melihat bagaiman makna simbolik digunakan di dalam hidupan seharian dan memudahkan manusia memahaminya.


No comments:

Post a Comment