Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka
saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch,
2006).
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam
pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan
tercapai (Mok Soon Sang, 2011).
Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam
bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap
tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris,
2009).
PERANAN GURU DALAM MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG
KONDUSIF
Kedudukan meja pelajar
meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini
memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya.
Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan
dari pintu darjah.
Penyusunan kerusi meja murid dalam bilik darjah yang berbeza
kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini
ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan
murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu
berseorangan.
Alat bantu mengajar (ABM)
Alat bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu
tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa
menggunakannya, guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang
penting supaya tidak membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil
pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian,
guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-murid
bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik
minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.
Papan kenyataan
Papan kenyataan hendaklah dilengkapi dengan jadual waktu, jadual
bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut
bacaan, kata-kata motivasi.
Setiap papan kenyataan sudut matapelajaran hendaklah diisi dengan
nota-nota yang penting.
Guru hendaklah mengagihkan setiap sudut mata pelajaran kepada
beberapa kumpulan pelajar untuk mereka penuh kan papan kenyataan tersebut.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Konsep Komunikasi
Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat
daripada seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada
penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan
hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat.
Terdapat dua jenis komunikasi:
(a) Komunikasi lisan
(b) Komunikasi bukan lisan.
Pola Interaksi dalam Bilik Darjah
Interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini,
seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau
bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.Di
dalam bilik darjah
Terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu:
1. Interaksi sehala
-interaksi sehala daripada guru kepada murid.
2. Interaksi dua hala
-interaksi dua hala antara guru dengan murid atau
murid dengan murid
3. Interaksi pelbagai hala
-interaksi antara guru dengan murid,murid dengan
murid dan murid dengan
guru.
Kepentingan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
-Mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis.
- Membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat
dalam pembelajarannya.
-Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan
murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan.
-Penglibatan murid yang lebih aktif dan berkesan.
HALANGAN DAN GANGGUAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN:
- Suasana kelas yang bising.
- Guru yang kurang berpengalaman.
- Kepimpinan guru yang autokratik.
- Bilangan murind yang terlalu ramai.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEWUJUDKAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK
DARJAH
1. Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik
2. Elak kriyik dan melabel murid-murid
3. Guru sebagai Role Model
4. Gaya kepimpinan DEMOKRATIK
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DALAM BILIK DARJAH
-Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Guru perlu membuat
perancangan sebelum memulakan proses P&P.Merangkumi rancangan pengajaran
harian dan rancangan pengajaran tahunan.Guru perlu mengenal pasti tahap
keupayaan pelajar, hasil pembelajaran yang hendak dicapai, bahan bantu belajar
yang akan digunakan, strategi atau kaedah yang hendak diaplikasikan, isi
pelajaran yang sesuai dengan masa.
-Teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
PENGURUSAN DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH
Definisi
Disiplin dalam bilik darjah penting kerana salah satu unsur utama
kejayaan dalam proses pembelajaran. Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa
disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Menurut
Oliva (1956) disiplin merujuk kepada
kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah
yang teratur.
Tujuan
Untuk melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan
ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan-peraturan yang diterima
umum.
Punca Disiplin
Kebosanan - guru gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar
dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar.
Pengurusan lemah – penyediaan guru yang lemah seperti bahan bantu
visual guru yang bermasalah atau guru tiada pengalaman mengendalikan alat
bantu, terlalu banyak halangan yang menganggu kelancaran pelajaran.
Tahap kesukaran – pelajar mengalami kesukaran menyiapkan tugas
mungkin kerana terlalu sukar, kurang jelas, dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa
terlalu
Keliru – pelajar keliru dengan penjelasan guru, guru tidak
memberitahu secara jelas dan menerangkan apa yang diinginkan daripada pelajar
Keyakinan – harga kendiri akedemik rendah dimana pelajar akan
kurang yakin pada diri sendiri.
JENIS-JENIS DISIPLIN:
(a) Disiplin antara Guru
Bertanggungjawab menentukan peraturan-peraturAn bilik darjah dan
memastikan pelajar patuhi. Melalui disiplin antara guru, guru punyai kuasa mutlak atas kawalan,
arahan,pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan yang ditetapkan
(b) Disiplin arahan kerja
Diwujudkan apabila sesuatu tugas yang diberikan oleh guru perlu
diselesaikan dalam masa yang ditetapkan mempunyai ciri motivasi yang positif
kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk
kebaikan dan kepentingan sendiri
(c) Disiplin Arahan Kumpulan
Disiplin yang diwujudkan antara ahli berdasarkan kepada norma,
nilai dan kepercayaan ahli-ahli. Oleh itu, tingkah laku pelajar dikawal semasa
interaksi antara rakan guru perlu memberi bimbingan kepada ketua kumpulan
supaya nilai dan kepercayaan disemai dalam ahli kumpulan
(d) Disiplin Arahan Diri
Yang melibatkan diri pelajar bagi mematuhi peraturan. Biasanya
wujud secara tidak sedar apabila pelajar mencapai kematangan, boleh berfikir
secara rasional. Boleh juga dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti
menerangkan kepentingan dan kebaikan peraturan, hormat-menghormati, timbang
rasa, toleransi dan kerjasama
No comments:
Post a Comment