Bab ini membincangkan tentang pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan, dan
berkeperluan khas. Bab ini juga
membincang, menjelaskan dan membezakan pengurusan murid pelbagai upaya.
Pengurusan
murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada pelajar yang
mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa (percakapan), mengalami gangguan
emosi, autisma, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat penglihatan,
pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan serta termasuklah
pelajar yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas). Menurut Sterberg dan Zhang (1995),
menjelaskan kanak-kanak yang berkerluan khas mempunyai kemahiran mereka yang
tersendiri. Golongan pelajar-pelajar ini
lebih gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat
santai misalnya seperti aktiviti melukis, menyanyi dan sebagainya.
Murid
berkeperluan khas bermaksud kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dan
sebahagian daripada mereka ada yang dikategorikan sebagai OKU. Antara enam kategori murid berkeperluan khas
di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
bagi mendapatkan kad OKU merupakan kurang upaya pendengaran, penglihatan dan
fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran, serta lain-lain yang berkaitan.
Menurut Akta Pendidikan 1996, merupakan
Kanak-kanak Down Syndrom, Kanak-kanak Autistik Ringan, Kanak-kanak kurang
keupayaan mental, Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah
kesihatan, dan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan.
Seorang
guru perlu menjadi pengajar yang terbaik buat pelajarnya misalnya guru perlu
mendidik pelajarnya dengan ikhlas. Guru perlu menggunakan cara pendekatan
pembelajaran yang tersendiri dalam
menarik pelajarnya untuk belajar. Guru
yang mengajar pelajar yang mengalami salah pembelajaran, mereka lebih banyak
menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan bahan-bahan yang berwarna yang
mempunyai gambar.
Guru juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod perbadi pelajar
mereka. Setiap rekod pencapaian pelajar dapat di catat. Bertujuan untuk menyediakan maklumat yang
lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangann potensi yang
melibatkan intelek, rohani, jasmani dan sosial.
Menjadi satu panduan kepada ibubapa dalam memahami kemajuan dan
kebolehan anak mereka dan pelajar itu sendiri.
Setiap murid pendidikan khas yang mengalami masalah lembam (slow
learner), mereka akan mengikuti pembelajaran seperti pelajar normal sekiranya
pencapaian mereka dalam pembelajaran memuaskan.
Guru perlu bertindak sebagai seorang kaunselor
kepada para pelajarnya. Perkara ini
dapat dibuktikan menerusi temu bual yang dijalankan iaitu guru perlu sentiasa
perlu memastikan setiap muridnya tidak tercicir dari pembelajaran. Guru sentiasa memastikan pelajar mengikuti
setiap pembelajaran yang diajar. Guru
perlu sentiasa memberikan kata-kata semangat yang positif kepada setiap
pelajarnya misalnya pelajar yang berpendidikan khas
Secara
rumusnya, para murid yang
mempunyai pelbagai upaya dalam pembelajaran mereka perlulah diajar pada
kelajuan yang sesuai. Standard prestasi
yang realistik dan memberi peluang yang sesuai mengikut bakat mereka untuk
mencapai potensi secara positif.
Kepimpinan sekolah sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting
daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan untuk
memastikan murid sederhana turut mencapai prestasi yang baik dalam akademik dan
kokurikulum.
Oleh yang demikian, pelajar yang berkelainan upaya memerlukan pengajaran mengikut kelajuan yang sesuai dengan keadaan mereka. usaha-usaha pelbagai pihak sangat memainkan peranan yang penting bagi menjamin perkembangan yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan juga intelek.
No comments:
Post a Comment