KEPIMPINAN
SEKOLAH
Kepemimpinan
adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing
orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan
tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.
Robert Kreither
- Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara
sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa
dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang
terarah pada tujuan organisasi.
ORGANISASI
SEKOLAH
Perihal
menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm
masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). *Dewan Bahasa & Pustaka.
Organisasi
sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di
sekolah.
Sistem di
sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif.
ORGANISASI DAN
KEPIMPINAN SEKOLAH
PENGETUA :
- Pemimpin/Ketua
- Pengurus
kurikulum dan kokurikulum
- Pengurusan
tenga pengajat dan kakitangan
- Pengurusan
dalaman dan luaran
PENOLONG KANAN :
- Mengajar
- Membantu
pengetua dalam pengurusan kurikulum
- Bantu dalam
pentadbiran harian
PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID :
- Mengajar
- Pengurusan
kebajikandan disiplin pelajar
- Kemasukan dan
pendaftaran pelajar
- Perhubungan
awam tugas-tugas lain
PENOLONG KANAN
KO-KURIKULUM :
- Mengajar
- Pengurusan
kurikulum dan kokurikulum
- Perhubungan
awam
- Pentadbiran
harian
- Tugas-tugas
lain
GURU BIMBINGAN
DAN KAUNSELING:
- Menyusun
program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
- Memberikan
khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan
- Membuat
rancangan tahunan sekolah
GURU KELAS:
- Buku daftar
kedatangan
- Pengurusan
yuran khas
- Perkara-perkara akademik
- Bantuan
kewangan
- Biasiswa
- Tugas-tugas
lain
GURU :
- Mengajar
- Membuat
perancangan P&P
- Menjaga
disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
- Mentadbir dan
mengurus bilik darjah
- Tugas-tugas
lain
MURID:
- Mematuhi dan
memahami peraturan sekolah
- Menjaga dan
memelihara harta benda sekolah
- Menjaga serta
meningkatkan kebersihan sekolah
- Memahami susun
lapis masyarakat di sekolah
- Menghormati
lagu sekolah
TEORI KEPIMPINAN
1. Teori Sifat
2. Teori Tingkah
Laku
3. Teori Kontingensi
TEORI SIFAT :
Penekanan kepada
sifat/kualiti yg dimiliki seseorang untuk melayakkan jadi pemimpin
a. Bercita‐cita
tinggi & bertenaga
b. Kemahuan
untuk memimpin
c. Kejujuran
& integriti
d. Keyakinan
diri yang tinggi
e. Tahap
kemantapan yang tinggi
f. Pengetahuan
luas dalam tugas yang dilakukan
g. Tidak
pedulikan keperluan pengikut
h. Gagal
menjelaskan kepentingan pelbagai sifat relatif
i. Tidak mampu
memisahkan antara sebab & penyebab
j.
Membelakangkan faktor/peluang keemasan
TEORI TINGKAH LAKU:
Ada dua kategori
:
Berorientasikan
tugas
² Memberi
tugas/arahan tertentu kpd subordinate
² Harapan adalah
subordinate tekun & berprestasi
² Penekanan kpd
‘deadlines’ utk siapkan kerja
² Autokratik
² Bergantung
kuasa kedudukan
² Piawai yang
ketat
² Kawalan yang
ketat
Berorientasikan
pekerja
Wujudkan
hubungan pemimpin – pekerja
² Yakin meyakini
² Hormat &
menghargai sumbangan pekerja
² Membantu
masalah
² Memberi
galakkan
² Hubungan mesra
² Memberi
peluang pekerja membuat keputusan
Teori
Kontingensi
² Mengambil kira
faktor situasi yang akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan.
² Situasi tahap
struktur tugas yang dijalankan.
² Situasi
kualiti perhubungan antara pemimpin & ahli.
² Situasi
kedudukan kekuasaan.
² Situasi
kejelasanan pesanan/arahan kerja.
² Situasi norma
kumpulan.
² Situasi
kesediaan maklumat.
² Situasi
penerimaan pengikut terhadap keputusan pemimpin.
² Situasi
kematangan pengikut.
Teori
Kontingensi
Tiga (3) model
teori kontingensi
a. Model
Kontingensi Fiedler
b. Model Situasi
Hersey‐Blanchard
c. Model Teori
Laluan‐
Matlamat/Ganjaran
(Evans & House)
KEPIMPINAN GURU
- Menurut
York-Barr & Duke (2008), kepimpinan Guru adalah proses di mana guru-guru,
secara individu atau secara kolektif, mempengaruhi rakan-rakan mereka,
pengetua, dan ahli-ahli masyarakat sekolah untuk meningkatkan amalan pengajaran
dan pembelajaran dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian
pelajar.
- Menurut
Hussein ( 1993 ), jenis-jenis kepimpinan guru ialah kepimpinan kurikulum,
kepimpinan terhadap staf, kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan kewangan dan
fizikal, kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am.
- Haris &
Mujis (2005) – terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan
guru
n Peranan &
tanggungjawab - Guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan peranannya
dalam batasan ruang lingkup bilik darjah
n Kerjasama -
Berperanan membimbing pelajar dan teman sekerja ke arah matlamat yang hendak
dituju
KEMAHIRAN
KEPIMPINAN GURU
Katzenmeyer
& Moller (2005) menghuraikan 3 kemahiran kepimpinan guru:
1. Kebolehan
mempengaruhi pelajar ataupun rakan setugas & bertindak sebagai fasilitator,
mentor, pembimbing, pakar kurikulum, & pembentuk pendekatan bagi menerajui
pembelajaran
2. Mengambil
bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti penglibatan dan berperanan
sebagai sumber/media, guru disiplin, guru persatuan dan bertindak selaras
dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah
3. Berupaya
melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima
pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik sebagan ahli seperti PIBG,
jawatankuasa kantin dan lain-lain.
KOMPETEN
KEPIMPINAN GURU
Ø Memiliki ilmu
pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini
Ø Cekap
menggunakan segala sumber yang ada secara optimum
Ø Mengamalkan
budaya beretika
Ø Memiliki
budaya jati
Ø Mahir
berkomunikasi dengan berkesan
Ø Produktif
KEPIMPINAN GURU
MASA KINI
v Penjana budaya
sekolah
v Kepimpinan
pelbagai kebolehan
v Kepimpinan
pengajaran
v Kepimpinan
membuat keputusan
v Kepimpinan
mengurus bilik darjah
v Kepimpinan
pengupayaan
v Kepimpinan
kerja dalam bilik darjah
v Memperkasa
kecerdasan emosi
v Mengamalkan
komunikasi berkesan
GAYA KEMPIMPINAN
Gaya kepimpinan
menurut Thoha (1995: 37)
pula ditakrifkan sebagai
perilaku atau cara yang dipilih & dipergunakan pemimpin dalam mempengaruhi
fikiran, perasaan, sikap & perilaku orang bawahannya. Beliau
juga mengertikan gaya
kepimpinan sebagai perilaku
pemimpin dalam mempengaruhi bawahannya
iaitu kemampuan pemimpin
untuk menyatakan sesuatu
hal dengan gaya kepimpinan
tertentu.
Gaya kepimpinan
terdiri daripada dua kriteria objektif iaitu berorientasikan kerja dan
berorientasikan hubungan.
Ask behaviour
– The extent
to which leaders
are likely to
organize and define role of the
members of their group (followers); to explain what activities each is to do
and when, where, and how tasks are to be accomplished; characterized by
endeavoring to established well-defined patterns of organization, channel
of communications, and
ways of getting
jobs acomplished.
Relationship behaviour
– The extent
to which leaders
are likely to
maintain personal relationships between themselves and members of their
group (followers) by openning up channel of communications, providing
sosioemotional support, “psychological stokes”, and facilitating behaviors.
(Hersey & Blanchard, 1993 : 129)
AUTOKRATIK
Gaya kepimpinan
jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja &
menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk
menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan
atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana
perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila
perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya
inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka
mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti
dan sempurna.
DEMOKRATIK
Gaya kepimpinan
demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain.
Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di
bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli
lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu
menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka.
Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan.
Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya
adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli
LAISSEZ-FAIRE
Kepimpinan
bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan
kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan
kerja mereka. Pemimpin sedemikian biasanya
memberi kebebasan kepada pekerja
untuk menentukan matlamat mereka
tersendiri serta cara-cara
mencapainya. Pemimpin seperti ini
amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak memimpin mereka dalam
melakukan tugas. (Jaafar, Hizam dan Zafir, 2000)
KONTIGENSI
Kaedah
kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The
Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi
kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi
berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya
kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan
kepimpinan lebih efektif.
Contoh situasi
berbeza: struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.
ASERTIF
Kepimpinan
asertif adalah sikap di mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan
keinginannya, membela haknya dan tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Mereka
boleh menerangkan dengan jelas apa yang mereka ingini tanpa menyakitkan hati
orang lain. Kepimpinan asertif mempunyai pendirian yang teguh dan tegas dalam
membuat keputusan. Mampu mempertahankan hak-hak peribadi dan nilai-nilai yang
kita tahu dengan kebenarannya.
RESPONSIF
Kepimpinan
responsif adalah sikap pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum
membuat tindakan. Kepimpinan responsif bermaksud dia sentiasa mendengar dan
melihat setiap persoalan, kehendak dan harapan dari orang di bawah pimpinannya.
Pemimpin aktif dan proaktif dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap
pemasalahannya yang dihadapi oleh organisasinya.
AGRESIF
Gaya kepimpinan
agresif adalah sifat yang self-centered iaitu hanya mengutamakan hak,
kepentingan, pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak
orang lain. Golongan jenis ini selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling
benar sehingga membawa kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang
lain. Mereka selalu menggunakan nada yang tinggi, marah, mempunyai gerak badan
yang agresif serta sering menggertak dan mendominasi orang lain. Mereka akan
menggunakan bahasa yang menyakitkan hati orang lain untuk tujuan memalukannya
dan untuk membuktikan dia bersalah
Definisi Murid:
Murid atau peserta
didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu diperkembangkan
melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di
lingkungan keluarga, sekolah maupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak
tersebut berada.
Abu
Ahmadi(2003) juga menuliskan tentang
pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang
memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna
dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia,
sebagai warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau
individu.
No comments:
Post a Comment