Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang
berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam
belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat
kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan
hubungan guru-murid dan sesama murid. alam belajar seseorang mempengaruhi
perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum. kecenderungan dan minat
individu serta sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran
seseorang.
Definisi alam
belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat
belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang
positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
Alam belajar dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :-
-Aspek Fizikal
-Aspek Psikososial
-Aspek Komuniti Pembelajaran
-Aspek Komuniti Pembelajaran
Manusia bergantung
kepada individu lain untuk terus hidup dan berkembang dengan sempurna. ini
kerana manusia ialah insan sosial yang tidak dapat hidup bersendirian. Begitu
juga dalam proses pembelajaran, manusia bergantung dengan individu lain.
COntohnya, pembelajaran paling asas dan semula jadi bagi setiap manusia adalah
melalui proses peniruan. COntoh ini dapat dibuktikan semasa kita masih bayi. Bayi
meniru segala perbuatan, percakapan melalui persekitrannya. Lantaran itu,
komuniti pembelajaran yang paling sesuai perlu ada bagi memastikan pembelajaran
berkesan dapat berlaku.
Komuniti
pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi,
bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi
sama serta saling membantu dalam proses belajar. Pengalaman belajar dalam
bentuk kokmuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna,
wajar dan semula jadi. Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama,
memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. Pembelajaran dalam
bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan
sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia. komuniti pembelajaran juga boleh
dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubungkait atau
bersepadu, bukannya secara terpisah.
Sekolah atau bilik
darjah sebagai satu komuniti pembelajaran boleh disamakan dengan satu keluarga
yang rapat, satu bentuk kejiranan yang sepakat atau satu kumpulan yang jelekit
dalam aspek hubungan sesama ahli, semangat kekitaan, saling menghormati, saling
membantu serta menyokong. Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia
yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama
serta saling belajar daripada individu lain.
Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai
empat ciri berikut :-
- Keahlian
- Pengaruh
- Memenuhi keperluan individu
- Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan
Justeru itu,
ahli komuniti pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan, bergerak
bersama, membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli kumpulan
meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif. Komuniti
pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi
idea, saling bantu membantu dan mengajar. lantaran itu, ahli komuniti
pembelajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak dalam kumpulan yang mantap.
Belajar dalam komuniti pembelajaran boleh membantu ke arah perkembangan yang
positif kelak. Persaingan yang sihat dapat dipupuk melalui amalan komuniti
pembelajaran yang sihat. sudah menjadi tugas guru sebagai pemimpin dalam kelasnya
untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing tanpa menindas
rakan yang lain.
Pengalaman
pembelajaran kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah
persekitaran luar sekolah. oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan
berusaha untuk bekerjasama dengan guru dalam mebentuk peribadi murid-murid. Ini
selaras dengan teori "Ekologi Bronfenbrenner" yang mengemukakan lima
sistem sosial iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem
yang mempengaruhi perkembangan personaliti individu.
Setiap pengalaman
murid di dalam kelas, bagaimana perasaan murid bersama-sama rakan semeja atau
sekumupulan ialah persekitaran yang membentuk alam belajar murid berkenaan.
Alam belajar ini merangkumi persekitaran yang lebih luas, iaitu sekolah,
keluarga dan komuniti mempengaruhi pembelajaran murid. lantaran itu, wajarlah
guru membina hubungan yang erat antara sekolah dengan keluarga serta komuniti
setempat dan masyarakat yang lebih luas.
Aspek Psikososial
Aspek Psikologi dan
hubungan sosial kanak-kanak juga besar pengaruhnya ke atas pembelajaran
kanak-kanak. Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih
sayang, mendapat perhatian dan layanan yang baik akan berkembang dengan lebih
positif. Perasaan selamat, diterima, dihargai dan seumpanya menjadikan individu
berkeupayaan belajar dengan berkesan. Persekitaran sekolah dan bilik darjah
yang mengutamakan hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam
pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran merangsangkan.
Persekitaran
bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah.
Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru
dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka,
penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat
penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan
keupayaan guru untuk menguruskan hbungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin
bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan
bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan
persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran.
Menurut Abraham
Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar
seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, berlajar perkara
baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk
melakukan yang terbaik. Persekitaran pembelajaran aspek psikososial memenuhi
keperluan kanak-kanak selaras dengan Hierarki Keperluan Maslow.
Aspek Fizikal
Persekitaran
pembelajaran amat mempengaruhi persekitaran pembelajaran kanak-kanak secara
langsung. Persekitaran lah yang membantu membentuk pelbagai jenis peribadi
kanak-kanak. Prasarana tempat tinggal, persekitaran rumah, kemudahan dan
kelengkapan yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka untuk
berkembang secara positif atau sebaliknya. Kanak-kanak belajar untuk berkawan,
berfikir, membentuk peraturan, mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui
persekitran fizikal yang dihadapinya.Kanak-kanak yang terdedah kepada
persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan sesuai
berkembang dengan lebih baik. Latar belakang pembelajaran kanak-kanak yang
memasuki persekolah adalah berbeza. Oleh itu, minat dan kecenderungan mereka
terhadap pembelajaran juga berbeza.
Persekitaran
fizikal bilik darjah dan sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah, kemudahan
dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur
meja kerusi, paparan termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan yang
seumpanya.
Bilik darjah yang
terletak dekat dengan bilik guru akan memberi pengaruh yang berbeza berbanding
bilik darjah yang tersorok kedudukannya. Susun atur meja dan kerusi dalam bilik
darjah juga akam memberi pengaruh yang berbeza. Jadi, persekitaran fizikal yang
terancang dan selamat memberikan perngaruh yang optimum kepada pembelajaran
kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment